Wednesday, May 3, 2017


USUS KOTOR ADALAH PUNCA MASALAH PENGHADAMAN 

🎈Eh! Macamana makanan dihadamkan ye?

1. Bila makanan masuk melalui mulut. Ia akan bercampur dengan air liur kita. 
2. Apabila gigi kita mengunyah dan menghancurkan makanan menjadi partikel-partikel kecil, air liur berfungsi menyerap makanan untuk bercampur dan menjadikannya lembut.
3. Kemudian lidah akan menolak partikel makanan ini ke dalam tekak untuk ditelan melalui tindakan refleks tekak.
4. Selepas itu, makanan hancur dan lembik ini akan masuk ke dalam esofagus dan meneruskan perjalanannya daripada perut sampailah ke usus.
Oh cukup sampai disitu sahaja pelajaran sains kita hari ini. Tak perlulah kita pergi terlalu rumit!


🎈Ciri-ciri Najis Yang Sihat

* Warnanya kuning keemasan.
* Kuantitinya antara 2-3 ketul.
* Berbentuk seperti pisang.
* Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
* Mengandungi kapasiti air 80 peratus.
* Jika najis terapung, berkemungkinan berpunca daripada perubahan diet. Tiada masalah.


🎈Apakah Faktor Yang Menyebabkan Masalah Pencernaan Ini Berlaku?

Beberapa faktor berikut adalah punca mengapa masalah pencernaan atau penghadaman ini berlaku.
* Diet yang tak sihat. Kurang mengambil serat seperti buah dan sayur. Banyak makan makanan proses. Pengambilan garam dan gula secara berlebihan.
* Stress. Mungkin tekanan kerja yang melampau sehingga terbawa-bawa ke rumah.
* Pengambilan Antibiotik yang berlebihan boleh mengancam bakteria baik dalam tubuh.
* Merokok dan minum alkohol. Perlu lagi ke penjelasan tentang ini?
* Toksin daripada alam sekeliling. Zaman moden ini menyebabkan kita terdedah kepada radikal bebas yang merosakkan sel tubuh seperti pencemaran air, radiasi bahan kimia, logam dan raksa.
* Penggunaan racun serangga dan rumpai yang disembur kepada buah dan sayur yang kita makan.
* Tabiat makan yang tak suka mengunyah makanan lumat-lumat. Kunyah sedikit dan terus telan sahaja makanan. Ini boleh menyebabkan perut senak, kembung, angin dan sembelit. 


🎈Tanda-Tanda Anda Usus Anda Bermasalah!

Berikut adalah simptom yang anda perlu ambil berat untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini sebelum menjadi kronik;
* Selalu berasa pening kepala atas sebab yang tak diketahui.
* Rasa sakit belakang atau sakit-sakit sendi.
* Rasa susah untuk bernafas kerana sistem pernafasan terganggu.
* Masalah sinus atau bau badan yang tengit.
* Nafas berbau dan lidah rasa kelat.
* Alergik terhadap makanan.
* Susah nak membuang air. Sembelit kronik.
* Perut kembung dan selalu gastrik.
* Rasa letih, stress dan tidak selesa dengan tubuh.
* Berat badan naik tanpa sebab walaupun makan sedikit.


🎈5 Cara Semulajadi Untuk Bersihkan Usus Dan Menyelamatkan Nyawa

Tiga langkah di bawah ini nampak mudah tetapi sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa kita;
1.0 Ubah Tabiat Makanan Sekarang
2.0 Minum Lebih Banyar Air Masak
3.0 Tingkatkan Pengambilan Yogurt
4.0 Ubah Gaya Hidup
5.0 Pengambilan Supplemen Membantu Proses Detoks


#Sharing_is_caring




No comments:

Post a Comment