๐๐ปAnda sebenarnya sedang mengalami apa yang dinamakan HEALING CRISIS ataupun KRISIS PENYEMBUHAN.. Apakah itu healing crisis??
๐Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.
๐Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.
๐Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.
๐Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
๐๐ปKenapa HEALING CRISIS berlaku apabila kita mengambil makanan tambahan (supplement)??
๐Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan.
๐Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
๐Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.
๐Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.
๐Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
✅HEALING CRISIS sebenarnya adalah satu petanda yang baik tau. Ia menunjukkan rawatan ataupun makanan tambahan yang diambil benar-benar berkesan.
✅Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
✅Ada sesetengah kita yang akan mengalami simptom-simptom ini seawal sehari dua selepas memulakan pemakanan supplement/vitamin.. ada juga yang mengalaminya selepas 2-3 bulan pengambilan supplement/vitamin.. it depends..
#Sharing & Caring
No comments:
Post a Comment