Sunday, July 10, 2016



"KESAN SAMPINGAN KAFEIN PADA BERAT BADAN"
.
❓❓Pernahkah anda mempunyai teman yang begitu ‘ketagih’ dengan minuman berkafein? Atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Secara asasnya, kandungan kafein boleh didapati pada biji kopi yang kemudiannya diproses menjadi serbuk dan dibancuh menjadi minuman.
.
πŸ“ŒπŸ“ŒRamai yang menyedari akan kesan negatif yang disebabkan oleh pengambilan kafein. Bagaimana pun dalam masa yang sama, ia turut mempunyai kebaikannya. Itu pun jika jumlah pengambilannya terkawal dan tidak melangkaui keperluan tubuh.

❌❌KEBURUKAN KAFEIN 🍫☕️πŸƒ
.
πŸ“ŒπŸ“ŒPeningkatan berat badan Menyebabkan aras kortisol meningkat Hypoglycemia Membuatkan aras serotonin menjadi rendah dan juga meningkatkan Stress
.

1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.

Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.

2.  Kafein boleh cetuskan hypoglycemia

Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik.

3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan

Serotinin  merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu.

4.  Akhir sekali, kafein boleh menyebabkan seseorg rasa gementar dan menaikkan level stress. Ramai org makan apabila berhadapan dengan stress, ini juga penyumbang kepada kegemukan dan obesiti.

❗️❗️❗️Individu yang cuba untuk kurus perlu mengantikan minuman berkafein seperti kopi dan air minuman isotonik dengan teh herba/air kosong. Pilihan minuman mestilah tidak mengandungi  lemak dan boleh membantu rasa mengidam.
.
❗️❗️❗️Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah.
.
❗️❗️❗️Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam.


No comments:

Post a Comment